KUALA LUMPUR: Kelonggaran pemakaian batik pada hari bekerja lain, tidak hanya pada Khamis memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang telah ditetapkan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia.
Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju supaya semua penjawat awam diberi kebenaran dan kelonggaran untuk memakai pakaian batik pada waktu bekerja, tidak hanya pada hari Khamis seperti sebelum ini.
"Keputusan yang dicapai telah mengambil kira iklim di negara ini dan juga komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi pembebasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal 2050 dengan mengurangkan jejak karbon daripada amalan penggunaan tenaga elektrik," katanya.
Nik Nazmi berkata cadangan perubahan terhadap kod etika pakaian itu juga akan dipanjangkan kepada semua Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Menurut Nik Nazmi beliau telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos lepas.
Beliau berkata turut dibangkitkan dalam pembentangan itu ialah berkenaan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang antara lain menetapkan supaya suhu di bangunan dan premis kerajaan diselaraskan kepada 24 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius.
Terdahulu, menurut surat edaran "Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan" bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed, semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian pada hari bekerja lain digalakkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Nik Nazmi berkata ia selaras usaha kerajaan menjimatkan penggunaan elektrik, menyokong inisiatif kecekapan tenaga, sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia. -Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.

Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.