Penjaga kaunter tiket didakwa cabul kanak-kanak

Raffi Bachik
Oktober 10, 2017 07:05 MYT
Tertuduh, Muhammad Amin Abd Kadir, 19 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Seorang penjaga kaunter tiket didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan cabul kanak-kanak berusia tujuh tahun.
Tertuduh, Muhammad Amin Abd Kadir, 19 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa di tandas lelaki Zon B, Melaka Sentral di sini Ogos lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan sekiranya sabit kesalahan.
#cabul kanak-kanak #gangguan seksual #mahkamah sesyen ayer keroh #Melaka Sentral #penjaga kaunter tiket