KUALA LUMPUR: Akta Industri Pelancongan 1992 akan diperkasa bagi memastikan tahap penguatkuasaan lebih baik selari dengan usaha mengekang kes penipuan pakej pelancongan termasuk pakej umrah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Ringkasan AI
  • Akta ini akan diperkasa untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap penipuan dalam pakej pelancongan, termasuk pakej umrah, demi meningkatkan pengawasan dan perlindungan terhadap pengguna.
  • Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, menyatakan perlunya menambahbaik akta tersebut yang lama tidak diperbaharui. Ini akan membantu dalam mengawasi penipuan pakej pelancongan dengan lebih efektif.
  • Khairul Firdaus juga menjelaskan usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam menangani aduan dan kerjasama dengan agensi penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang terlibat dalam penipuan pakej pelancongan.


Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata penambahbaikan akta itu perlu memandangkan ia telah lama tidak diperbaharui selain membantu pengawasan kes penipuan pakej pelancongan.

"Untuk (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melakukan pengawasan setiap masa ia bergantung kepada aduan yang kita diterima, itu yang pertama.

"Keduanya, dari sudut kekangan pegawai penguat kuasa dari kementerian (MOTAC) yang tidak mungkin dapat kita melihat setiap kejadian tu secara tuntas," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai usaha kerajaan dalam membantu mangsa penipuan pakej pelancongan serta tindakan susulan terhadap syarikat pengendali yang terbabit dalam kes penipuan pakej pelancongan.