Penipuan jualan rumah RM6.2 juta, pengarah urusan direman dua hari

Astro Awani
Oktober 11, 2017 14:30 MYT
Seorang pengarah urusan syarikat hartanah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta. -Gambar fail
Seorang pengarah urusan syarikat hartanah direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Turut direman ialah tiga pengarah syarikat swasta termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun.
Perintah tahanan reman terbabit dikeluarkan Majistret Mahkamah Jitra, Abdul Hadi Hakimi Harun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah jam 9 pagi dengan tangan bergari dan diiringi anggota polis.
Tertuduh pertama diwakili peguam Ummi Kalthum Zakaria manakala tiga lagi diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriah Mohd Nordin.
#Abdul Hadi Hakimi Harun #mahkamah #penipuan #reman
;