Tujuh kesatuan pekerja Pos Malaysia Berhad yakin syarikat itu dapat meningkatkan prestasi kewangan serta perkhidmatan sekiranya tarif perkhidmatan pos dinaikkan dan digugurkan daripada penyeliaan kerajaan.
Dalam satu kenyataan bersama, tujuh kesatuan itu berkata bahawa pendapatan yang diperoleh selepas tidak mendapat kenaikan tarif selama 10 tahun tidak dapat mengimbangi kos operasi yang tinggi.
"Jadi semua pihak kesatuan merasakan kini adalah masa yang tepat dan wajar bagi kerajaan memberi kelulusan tarif yang baharu kepada Pos Malaysia serta menggugurkannya daripada pengawalseliaan agar syarikat dapat bersaing seiring dengan perubahan landskap dunia perniagaan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia dapat meningkatkan prestasi kewangannya melalui penjanaan pendapatan tambahan bagi mengimbangi kerugian yang berlaku disebabkan perubahan pesat teknologi dalam industri.
Ketujuh-tujuh kesatuan berkenaan mengalu-alukan keprihatinan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang dilaporkan sedang memberi perhatian kepada cadangan itu dan berharap ia dapat direalisasikan dalam masa terdekat.
"Pihak Kesatuan amat berterima kasih kepada Menteri yang mengambil langkah proaktif terhadap masalah tarif yang tidak diberi kenaikan sejak kira-kira 10 tahun yang lalu.
"Kenaikan tarif yang terakhir kepada harga 60 sen adalah pada tahun 2010 dan sepatutnya selepas itu Pos Malaysia diberikan sedikit kenaikan setiap tiga tahun, namun ia tidak pernah berlaku," menurut kenyataan itu.
Warga kerja Pos Malaysia diwakili Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS), Kesatuan Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Semenanjung (UPCW), Kesatuan Penolong Eksekutif Pos Malaysia (PMJEU), Kesatuan Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Sabah (KKPPS).
Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Sabah (KEPPSES), Kesatuan Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Sarawak (POCSUS) dan Kesatuan Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Sarawak (UPUS Sarawak).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

Pos Malaysia dapat meningkatkan prestasi kewangannya melalui penjanaan pendapatan tambahan bagi mengimbangi kerugian yang berlaku disebabkan perubahan pesat teknologi dalam industri.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.