Peningkatan pesakit dalam wad psikiatri perlu ditangani secara tuntas - Dr Adham
Astro Awani
Julai 6, 2021 12:38 MYT
Julai 6, 2021 12:38 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha mengelak penularan wabak COVID-19 ekoran peningkatan pesakit dalam wad psikiatri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham mendedahkan wad psikiatri di dua hospital kerajaan ketika ini merekodkan penyebaran jangkitan virus berkenaan.
Beliau menjelaskan, bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan mencakupi bidang lain tidak terjejas, kawalan pembendungan akan dilakukan secara berhati-hati.
"Kita dalam keperluan yang sangat penting dalam menangani kes kesihatan mental angkara wabak COVID-19. Ia berlaku diserata tempat di negara kita.
"Saya dimaklumkan mengenai peningkatan kes dalam wad psikiatri, perlu dilaksanakan secara tuntas dan berhati-hati.
"Ini untuk pastikan tiada penularan dan memberi kesan kepada sektor perkhidmatan kesihatan lain," katanya pada sidang media secara maya pelancaran Laporan PeKa B40, pada Selasa.
Dr Adham menjelaskan, bagi mengelak perkara itu berlaku berbagai langkah-langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di wad psikiatri dilakukan.
Antara langkah yang dilakukan ialah melakukan saringan di peringkat awal bagi mereka yang mendapat rawatan di wad psikiatri.
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#Dr Adham Baba
#COVID-19
#psikiatri
#pesakit
#wad psikiatri
#Hospital
#kesihatan mental