Peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan - Uggah
Nuzuluddin Abdul Razak
Oktober 29, 2020 16:00 MYT
Oktober 29, 2020 16:00 MYT
KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) mendedahkan peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan selepas pengesanan kes aktif (ACD) dilakukan.
Menurutnya, Green Hill semalam merekodkan 20 kes positif COVID-19 dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan.
“Di Green Hill, penduduknya berselerak.
“Ramai antara mereka tampil membuat ujian saringan atas inisiatif sendiri di klinik swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat bilik operasi di pekarangan Masjid Kampung Haji Baki di sini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Tambah Uggah pihaknya turut membuat keputusan untuk menutup operasi pusat hiburan seperti bar, pub dan gimnasium.
“Kita melarang sebarang perkumpulan atau pertemuan lebih daripada 200 orang.
“Semua restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam,” jelasnya.
Katanya, keputusan itu diambil susulan peningkatan kes positif COVID-19 yang membimbangkan di beberapa kawasan di bandaraya Kuching melibatkan kawasan kampung dan pusat bandar.
#COVID-19
#Sarawak
#TGreenhill
#YHaji Baki
#saringan
#ujian saringan
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#Kuching
#operasi
#kes positif
#Media