Penilaian dibuat sebelum Balai Bomba Semenyih dinaik taraf - KP JBPM

Wan Syamsul Amly
Februari 21, 2019 14:05 MYT
Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mula dibina pads 19 September 2012. - Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih akan dinaik taraf selepas penilaian perkembangan perindustrian dan aktiviti komersial dilakukan di kawasan berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, bancian akan dibuat setiap tiga tahun sekali untuk menentukan gred balai serta bilangan anggota bertugas.
"Kita percaya kita bermula dengan kategeri D dengan kriteria yang ditetapkan mengikut indeks risiko kebakaran dan indeks risiko kecemasan.
"Saya percaya di masa akan datang, sekiranya perkembangan kawasan Semenyih ini semakin rancak, hasil daripada perindustrian dan aktiviti komersial, kita akan menaik taraf balai Semenyih termasuk sesetengah balai di dalam negara ini ke tahap yg lebih tinggi iaitu, kategori C.
"Di mana pertama kita akan naik taraf pasukan, keduanya jumlah kakitangan, ketiga kepakaran khas. Semenyih ini akan beropersi dengan apa yang kita percaya ianya mengikut operasi yang kita telah tetapkan," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.
Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mula dibina pads 19 September 2012 di Taman Pelangi dengan keluasan tapak satu ekar.
Ia siap dibina sepenuhnya pada 19 April 2013 dan mula beroperasi 30 April 2013 serta dirasmikan bekas Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
Keluasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Semnyih adalah 16,322 hektar dengan kekuatan anggota sepenuh masa seramai 24 orang dan 14 anggota bomba bantuan.
Ketua balai Semenyih kini adalah Zainal Elias Abdul Aziz.
Balai ini pada mulanya dibina berstatus balai bantuan namun dinaik gred ke balai C disebabkan peningkatan jumlah kes di Semenyih.
Pada tahun 2016, statistik panggilan kes kebakaran adalah 233 dan khidmat khas sebanyak 265 dengan jumlah keseluruhan 489 kes.
Sementara pada 2017, statistik panggilan kes kebakaran adalah 153 dan khidmat khas sebanyak 385 dengan jumlah keseluruhan 538 kes.
Ia meningkat kepada 179 panggilan kes kebakaran, 336 khidmat khas dengan jumlah 515 kes pada tahun 2018.
#balai #bomba #JBPM #Mohamad Hamdan Wahid #risiko #Semenyih
;