MELAKA:Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka yang lazimnya meriah dengan pengunjung untuk menikmati sajian ikonik seperti 'Asam Pedas' serta pelbagai menu, kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.
Tinjauan Bernama di Monorail Food Village, Jalan Tun Ali di sini mendapati rata-rata peniaga terpaksa mengubah waktu operasi dan strategi promosi termasuk menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian bagi memastikan kelangsungan perniagaan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Jan lepas.
Bagi Muhammad Azrul Rozelan, 34, operasi kedai makannya sebelum ini mula dibuka pada waktu petang hingga 12 tengah malam, namun sejak PKP, dia membuat persediaan awal dengan menyiapkan menu yang dipesan pelanggan bermula jam 11 pagi.
"Sebelum ini, perniagaan makanan nachos saya agak memberangsangkan tapi bila pelaksanaan PKP 2.0 ini, pendapatan saya boleh dikatakan menurun 50 peratus daripada jualan sebelum ini iaitu boleh meraih antara RM300 hingga RM600 sehari sahaja.
"Kita ambil inisiatif dengan mengubah cara berniaga memandangkan sebelum ini pengunjung memang ramai yang makan di kawasan ini, tetapi kini terpaksa menggunakan perkhidmatan penghantar makanan dalam talian untuk menampung kehidupan seharian," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Ahad.
Seorang peniaga ayam goreng pelbagai variasi, Nurazmira Nadia Ishak, 25, berkata jualan ketika ini agak perlahan namun beliau memanfaatkan penggunaan platform laman media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram bagi mempromosi produk makanan di kedainya.
"Saya banyak mempromosikan jualan di laman web pelancongan Melaka dan terpaksa mempelbagaikan cara promosi kerana dahulu kami bergantung kepada pengunjung yang datang ke tempat ini. Syukur, usaha ini berhasil, banyak juga yang menyokong perniagaan kami," katanya.
Sementara itu, penjual air, Ali Ahmad, 50, berkata beliau bersyukur kerana rakan-rakan peniaga kedai makan di situ saling membantu dan menyokong dengan mempromosi jualan buah potong serta minuman di kedainya.
"Permintaan untuk minuman memang sangat kurang, mahu dapat RM50 sehari pun susah, tetapi mujur rakan-rakan di sini akan tolong promosi makanan bersama air, jadi syukurlah dapat sedikit sebanyak untuk tampung kehidupan," katanya.
Bagi Muhammad Azan Muhammad Syafie, 26, pesanan makanan terakhir yang akan diterimanya adalah pada 7 malam namun jumlah pesanan waktu hujung minggu sangat kurang berbanding hari biasa kerana orang ramai duduk di rumah dan masak sendiri.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKP di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan, dengan sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 8 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
Rata-rata peniaga terpaksa mengubah waktu operasi dan strategi promosi. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.