'Peniaga tidak wajar kompromi soal kualiti Menu Rahmah demi keuntungan'

Irfan Faruqi
April 19, 2023 01:20 MYT
Jawahar juga menasihatkan peniaga supaya bijak merancang sebelum memulakan inisiatif ini untuk mengelak kerugian operasi. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Peniaga tidak wajar berkompromi dalam soal kualiti makanan dalam penyediaannya dan pelaksanaan tawaran dibawah inisiatif Menu Rahmah.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata tiada paksaan untuk melaksanakan inisiatif Menu Rahmah ini.
“Jangan berdolak-dalih. Kalau fikir boleh buat, silakan. Tetapi kalau ada satu kedai dan jual satu menu sahaja mungkin sukar untuk kekal beroperasi.
"Oleh itu, kita berpegang kepada tidak ada paksaan untuk melaksanakan Menu Rahmah di premis-premis masing-masing,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Peniaga tidak wajar kompromi soal kualiti Menu Rahmah demi keuntungan - Jawahar Ali Taib Khan
Jawahar juga menasihatkan peniaga supaya bijak merancang sebelum memulakan inisiatif ini untuk mengelak kerugian operasi.
Katanya, sebuah perusahaan kedai makan boleh menawarkan inisiatif Menu Rahmah sebagai menu sampingan kepada pelbagai pilihan juadah lain pada harga standard pasaran.
Agenda AWANI: Kelangsungan Menu Rahmah
#Menu Rahmah #Jawahar Ali Taib Khan #tiada paksaan #kualiti makanan