Peniaga resah longkang tersumbat sarang biak Aedes
Tan Su Lin
Julai 4, 2015 07:29 MYT
Julai 4, 2015 07:29 MYT
Sekumpulan penduduk dan peniaga di Taman Palm Grove, Klang mendakwa lebih 10 tahun longkang di kawasan perumahan mereka tidak dibersihkan sehingga mengundang masalah kesihatan kepada penduduk setempat.
Longkang yang tersumbat dan air yang bertakung dikatakan menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Dakwa peniaga di sekitar kawasan gerai makanan di sini, pihak berkuasa tempatan tidak pernah membersihkan kawasan itu. Meskipun aduan demi aduan telah dibuat namun keadaan masih tidak berubah.
Harapan mereka agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera berikutan rasa khuatir ia turut menjejaskan kesihatan pelanggan yang berkunjung.
Wartawan Astro AWANI Tan Su Lin membuat tinjauan.