Peniaga gagal tutup sementara kedai masih diberi peluang - MB Kelantan

Muhafandi Muhamad
Mei 11, 2019 10:30 MYT
Jelas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, sekiranya terdapat peniaga gagal mengikuti nasihat itu, peluang akan diberikan untuk tahun yang lain. Foto: Astro AWANI
Arahan berbentuk nasihat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan meminta peniaga menutup sementara waktu perniagaan bertujuan supaya menghormati waktu solat Tarawih sepanjang Ramadan.
Jelas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, sekiranya terdapat peniaga gagal mengikuti nasihat itu, peluang akan diberikan untuk tahun yang lain.
“Tujuan notis ini dikeluarkan adalah untuk menghormati waktu solat, bukan untuk tempoh yang lama.
“Tetapi sekiranya peniaga tidak dapat mengikuti arahan notis itu, kami beri peluang pada tahun yang lain.
“Notis ini bukalah berbentuk arahan sehingga mereka akan dikenakan dendan atau sebagainya,” jelasnya ketika ditemui pada Jumaat.
Pada 6 Mei lepas surat arahan meminta supaya peniaga kedai makan dan restoran menghentikan operasi sementara bermula dari jam 8.30 hingga 10 malam telah dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Susulan itu satu notis baharu meminta kerjasama dari peniaga dan pengusaha restoran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bermula Jumaat.
BACA: Notis tutup kedai makan waktu tarawih dikeluarkan di Kota Bharu
#Datuk Ahmad Yakob #menteri besar kelantan #notis #Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan #tarawih #tutup kedai
;