Peniaga didenda RM5,000 memandu dalam keadaan mabuk
Adie Sufian Zulkefli
Mei 31, 2020 18:29 MYT
Mei 31, 2020 18:29 MYT
Seorang peniaga didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Alor Setar hari ini atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, Rabu lalu.
Tertuduh, Sim Kah Wei, 49, berasal dari Butterworth, Pulau Pinang, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika kejadian memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar penghadang di di Kilometer 40.8 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung pada jam 11.30 malam, 27 Mei lalu.
Berikutan itu, Nurshahida menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan ke atas tertuduh.
Kah Wei yang tidak diwakili peguam membayar jumlah denda yang dikenakan terhadapnya.
Pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Ahmad Shukri Saadon mengikut Seksyen 45 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#Alor Setar
#didenda
#Kedah
#Lebuh Raya Utara Selatan
#melanggar penghadang
#memandu dalam keadaan mabuk
#mengaku bersalah
#peniaga
#Plaza Tol Hutan Kampung
#Sim Kah Wei