Pengusaha bas ekspres minta tambah subsidi diesel

Astro Awani
September 11, 2013 14:14 MYT
Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia, merayu supaya diberikan kuota tambahan subsidi diesel bagi membolehkan syarikat menampung kos operasi.
Selain itu, pemberian tambahan subsidi diesel dapat membolehkan syarikat bas ekspress menjaga kebajikan pekerja selain memberi perkhidmatan pengangkutan bermutu kepada pengguna.
Menurut presidennya, Tajuddin Yunus, pemberian subsidi diesel kepada pengusaha bas di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj bersetuju syarikat pengusaha bas ekspress diberi tumpuan oleh kerajaan.
Beliau berharap satu penyelesaian jangka panjang dapat dicapai.
Kedua-duanya mengulas mengenai tuntutan tambahan kuota diesel oleh pengusaha bas susulan kenaikan harga bahan api itu baru-baru ini.
#bas ekspres #Datuk Paul Selva Raj
;