PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan Isnin depan sebagai pengurusan kes permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan bukti tambahan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd dalam usaha membatalkan perbicaraan yang menyaksikan beliau disabitkan kesalahan serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh itu.
Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan itu akan berlangsung melalui sidang video.
Bukti tambahan yang ingin dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2006 adalah peguam am dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab bagi pengurusan serta pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam keseluruhan kumpulan tersebut.
Pada sidang akhbar 7 Jun lepas, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata Mohd Nazlan gagal mendedahkan bahawa beliau adalah peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan SRC International.
Menerusi afidavit bagi menyokong permohonan itu, Najib berkata bukti yang ingin dikemukakan tidak disediakan kepada beliau semasa perbicaraan sambil menambah bahawa ia adalah relevan dengan isu di hadapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, justeru adalah relevan kepada rayuannya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata hakikat bahawa Mohd Nazlan tahu mengenai penglibatan peribadinya dengan penubuhan SRC International namun menyembunyikannya daripada pembelaan adalah terjumlah kepada konflik kepentingan yang membawa kepada bahaya sebenar iaitu berat sebelah.
Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.
Pada 8 Dis tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu yang mendorong beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
![Pengurusan kes permohonan Najib kemuka bukti tambahan kes SRC Isnin depan Pengurusan kes permohonan Najib kemuka bukti tambahan kes SRC Isnin depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655734918_NajibRazak.jpg)
Mahkamah Persekutuan menetapkan Isnin depan sebagai pengurusan kes permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mengemukakan bukti tambahan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720610950_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Tembak mati pengawal keselamatan, dua terlepas hukuman gantung
Dua lelaki terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara.
![Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723113479_SetiausahaAgungMU.jpg)
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722244141_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan habeas corpus warga Bangladesh
Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan habeas corpus Md Sagahan yang ditahan susulan serbuan Imigresen pada 15 Nov 2023.
![Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
![Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Wujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk perkasa Mahkamah Syariah
Cadangan mewujudkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah bertujuan Mahkamah Syariah dan memastikan pelantikan hakim dijalankan secara telus serta bebas daripada kuasa Eksekutif.
![Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mengurangkan hukuman penjara 35 tahun yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh teman wanitanya.
![Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715840624_Zulfarhan.jpg)
Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.
![Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721202906_bunuhkekasih.jpg)
Bunuh kekasih hamil: Bekas polis terlepas hukuman gantung
Seorang bekas anggota polis terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadapnya kerana membunuh kekasihnya yang hamil pada 2015.
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720733846_TBMohamedDzaiddin.jpg)
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.