Pengurangan harga kereta berperingkat sehingga 2017 - Mustapa

Bernama
Mei 28, 2013 11:06 MYT
Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.
"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini.
#harga #kereta #mustapa
;