Pengunjung sedih pokok hujan-hujan tumbang di Taiping

Bernama
Oktober 18, 2018 17:10 MYT
Beberapa kakitangan Syarikat SH Eco Landscape menjalankan kerja membaikpulih tanah di kawasan akar pokok Hujan-Hujan yang tumbang pada 13 Okt di Raintree Walk, Jalan Pekeliling hari ini - Bernama
Tumbangnya sebatang pokok Hujan-Hujan atau nama saintifiknya Samanea Saman di Raintree Walk, Jalan Pekeliling di Taman Tasik Taiping di sini Sabtu lepas ternyata memberi kesan kepada orang ramai.
Sesiapa sahaja yang datang ke tasik itu, pastinya tidak akan melepaskan peluang bergambar di bawah pokok besar berusia lebih 130 tahun yang mempunyai dahan rendang.
Selepas ia tumbang pada 13 Okt lalu, ramai yang meluahkan rasa sedih serta tidak ketinggalan ada yang terus memuat naik gambar kenangan bersama pokok tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Berakhirlah riwayat sebatang lagi pokok hujan-hujan di Taman Tasik Taiping, yang telah berusia sekitar 130 tahun. Ianya ditanam oleh Pegawai British pada ketika itu di atas bekas lombong bijih timah ini. pic.twitter.com/44TgYT5aNQ

— TAIPING (@twet_taiping) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Salasiah Hamid, 35, berkata pokok Hujan-Hujan menjadi daya tarikan pelancong berkunjung ke bandar Taiping dan berjalan di bawah rimbunan dahan pokok itu memberikan ketenangan.
"Saya sentiasa melakukan riadah di kawasan ini kerana keadaan yang aman dan tenang pada setiap hari," katanya kepada Bernama.
Tan Kok Peng, 55, pula berkata beliau sentiasa menjadikan kawasan Taman Tasik Taiping untuk berehat sambil menikmati udara yang segar dan berharap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) terus memulihara pokok itu kerana ia tidak terdapat di mana-mana.

Nak nangis tak boleh terima kenyataan pokok hujan hujan dekat Lake Garden Taiping tu tumbang

— ramona. (@nabilahshahidan) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya harap MPT sentiasa membuat pemeriksaan bagi mengelak kejadian pokok lain tumbang kerana ia boleh menjejaskan imej Taman Tasik Taiping kepada pelancong yang berkunjung ke sini.
Pemilik akaun Twitter dengan nama sigajahcomel memuat naik status : "takde seri dah Taman tasik Taiping tu tempat playground aku dulu".
Encik Pacat pula menulis : "Pohon yang memberi 1,001 kenangan. Terima kasih kerana memayungi Taman Tasik Taiping selama ini".
Sementara itu, Yang Dipertua MPT Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata akar pokok yang patah dipercayai menjadi punca pokok itu tumbang.
"Pemeriksaan yang dibuat syarikat SH Eco Landscape yang dilantik MPT mendapati akar pokok itu patah mungkin berpunca daripada beban pokok yang tidak stabil.

Pokok tumbang akibat hujan ribut , dan tanah pun tak mampu tampung pokok besar ni gais. Pokok hujan hujan ni yg jadi tarikan pelancong, tak mungkin majlis perbandaran nak tumbang kan

— TAIPING (@twet_taiping) October 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Akar pokok akan dirawat dan tanah di sekitar pokok yang tumbang akan diganti dengan medium tanah yang sesuai," katanya sambil menambah terdapat 37 batang pokok Hujan-Hujan di sepanjang Raintree Walk dipercayai berusia lebih 130 tahun.

TAIPING - Beberapa kakitangan Syarikat SH Eco Landscape jalankan baikpulih tanah di kawasan akar pokok Hujan-Hujan tumbang 13 Okt di Raintree Walk, Jalan Pekeliling, hari ini. Pokok Samanea Saman itu alami pereputan sebahagian akar akibat serangan kulat 'Conk'. - Foto Bernama

— Azam Q (@feelgoodboy) October 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pokok dekat Taman Tasik Taiping semua lawa bila tangkap gmbar. I'm literally sad pic.twitter.com/B9uuGVK73W

— dalila.shah (@smootieskies) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedihnya.. Kenangan tempat ni.. Kampung rumah arwah tokwan d Kg Jambu, Jalan Durian. Dan sekolah bos saya, MRSM Taiping. Gambar ni taun lepas. pic.twitter.com/IkSPmVbW7f

— Simfoni (@simfoniofficial) October 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tempat ni selalu jadi port wedding photoshoot duh, mana nak shoot gambar kahwin aku nanti pic.twitter.com/lMiM9OXGW0

— wnierzli (@waniewnie) October 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

The iconic trees in Taman Tasik Taiping. Kalaulah Taiping ni dekat, hari2 aku pi sana

— Hika Yasmin (@HikaYasmin) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

ilang lagi ikon " From taiping with love"... buatla penanaman semula...generasi2 akan dtg dpt rasa macammana asalnya pemandangan taman tasik ni

— Encik Pacat (@fazly2112) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BERNAMA
#pelancong #Pokok Hujan-Hujan #Pokok Samanea Saman #Taiping
;