Pengundian awal petugas ATM di KL berjalan lancar

Hafiz Marzukhi
Mei 5, 2018 10:05 MYT
Proses pengundian awal bagi petugas ATM dan pasangan di Sekolah Kebangsaan Kementah berjalan dengan lancar. - Foto Astro AWANI
Proses pengundian awal bagi petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan di Sekolah Kebangsaan Kementah berjalan dengan lancar pagi ini.
Seramai 8,118 pengundi awal berdaftar di sini bagi Parlimen Setiawangsa.
Ia merupakan salah satu daripada tiga pusat pengundian awal bagi Parlimen Setiawangsa.
Dua pusat yang lain adalah Dewan Bankuet Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn.
Sejumlah 586 pusat pengundian awal di seluruh negara dibuka pada 8 pagi ini bagi membolehkan 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan mereka melaksanakan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Antara tempat mengundi ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera.
#Angkatan Tentera Malaysia #ATM #Parlimen Setiawangsa #petugas ATM #Sekolah Kebangsaan Kementah
;