Pengumuman Timbalan KPN selepas dapat perkenan Agong - Muhyiddin

Astro Awani
Mei 3, 2019 14:34 MYT
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua, kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis DiRaja Malaysia KL. - fotoBERNAMA

Calon bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan diketahui tidak lama lagi setelah mendapat perkenan yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi kekosongan jawatan pengarah di tiga Jabatan Bukit Aman iaitu cawangan khas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSI) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Menurut Muhyiddin, senarai nama telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia akan berlangsung tidak lama lagi. Deputy IG akan tunggu perkenan Agong. Selepas dimaklumkan, nanti kita akan menjalankan upacara pelantikan dan sebagainya, cawangan khas begitu juga,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

BACA: Kenali Ketua Polis Negara baharu

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara diantara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun kepada Datuk Seri Abdul Hamid Bador di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Jumaat.

Abdul Hamid sebelum ini memegang jawatan Pengarah Cawangan Khas turut memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Kekosongan jawatan Pengarah JSJ dan JSJN berlaku setelah kedua-dua pengarah, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Datuk Seri Mohmad Salleh masing-masing bersara pada Mac dan April lepas.

#Abdul Hamid Bador #Bukit Aman #Ketua Polis Negara #Malaysia Baharu #Mohamad Fuzi Harun #Muhyiddin Yassin #Timbalan KPN
;