Pengumuman dividen Tabung Haji bawa kejutan

Khairul Wasiril Aswad
Februari 7, 2013 14:34 MYT
Rakyat tempatan di sekitar Kuala Lumpur rata-rata terkejut disamping gembira dengan pengumuman pembayaran bonus sebanyak 6.5 peratus bagi tahun 2012 berbanding enam peratus tahun sebelumnya.
Tinjauan Astro Awani mendapati, majoriti orang beragama Islam adalah pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) manakala dengan bonus khas tambahan sebanyak 1.5 peratus sempena jubli emas Tabung Haji, lebih ramai lagi akan mula mendaftar sebagai pendeposit TH.
Menurut seorang kakitangan swasta, Wan Ahmad Faisal, kenaikan bonus dividen pada tahun ini adalah yang paling tertinggi bakal saya peroleh menerusi hasil simpanan bersama TH.
“Sejak sebelum ini pun saya sudah menyimpan dengan Tabung Haji atas tujuan menunaikan kewajipan haji. Namun dengan dividen yang tinggi seperti ini pastinya saya akan menambah lagi simpanan bagi menjana keuntungan berganda,” kata Wan.
Seorang lagi yang merupakan pekerja bank swasta, Fadhil Mohd Isa menyatakan, berita kenaikan dividen ini sememangnya sangat menguntungkan bagi seluruh rakyat Malaysia.
“Saya berpendapat lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan mula membuat simpanan menerusi TH dengan tarikan kenaikan dividen. Ianya menguntungkan bagi kedua-dua pihak,” ujarnya.
Sementara itu, Nor Hanis Abdullah menyatakan, dividen yang bakal diperolehi akan digunakan sepenuhnya bagi mengerjakan ibadat Haji.
“Impian saya untuk menunaikan haji akan terlaksana tidak lama lagi berikutan tambahan dividen yang menakjubkan justeru tidak akan melepaskan peluang mendaftarkan kedua anak saya yang masih lagi belajar,” menurut Hanis.
Turut memberikan pandangan yang sama ialah pengguna Twitter @Qarl_Haiqal.

Wow bonus Tabung Haji 8%. Alhamdulillah.

— Qarl (@Qarl_Haiqal) February 7, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan feadah dividen ini merupakan hadiah istimewa kepada pendeposit TH.
Menurutnya, kadar bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 pada 2011 sewaktu dalam majlis pengumuman bonus Tabung Haji di Bangunan TH.
Turut hadir, Pengerusi TH, Datuk Seri Abi Musa dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,Datuk Paduka Ismee Ismail.
Jelasnya, jumlah ini adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji selain pendeposit boleh mula menyemak bonus mereka mulai 10 Februari ini.
#Datuk Seri Jamil Khir Baharom #dividen #rakyat #Tabung Haji #TH
;