KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan laporan portal yang mendakwa kementerian itu menggantung penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).
Menteri berkenaan Datuk Seri M. Saravanan berkata penguatkuasaan akta itu masih berterusan dan KSM sentiasa melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang merangkumi sektor-sektor ditetapkan.
"Terdapat laporan portal dalam talian bahawa KSM menggantung penguatkuasaan terhadap majikan dari segi penguatkuasaan Akta 446, yang mana ini tidak benar.
"Ada juga portal melaporkan bahawa kluster bertambah kerana KSM telah menggantung penguatkuasaan. Ini satu perkara yang tidak betul dan mengelirukan rakyat," katanya pada sidang media hari ini.
Saravanan berkata Akta 446 berkuat kuasa pada Jun 2020 dan majikan serta penyedia penginapan berpusat diberikan tempoh bertenang selama tiga bulan dari Jun 2020 hingga Ogos 2020, sebelum penguatkuasaan sepenuhnya akta itu pada September 2020.
Namun ekoran tercetusnya kluster Teratai awal tahun ini, beliau berkata kerajaan berpandangan bahawa Akta 446 boleh menjadi antara medium bagi memutuskan rantaian COVID-19, membawa kepada pewartaan Akta 446 sebagai satu daripada komponen akta yang dipinda di bawah Ordinan Darurat.
"Sehubungan itu, pada 25 Feb lepas, Akta 446 diwartakan sebagai sebahagian daripada Ordinan Darurat dan penguatkuasaan akta ini turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Susulan itu, KSM terus merancakkan operasi penguatkuasaan tanpa henti hingga kini," katanya.
Akta 446 dilaksanakan bagi menangani isu pengurusan tempat tinggal pekerja menerusi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.
Saravanan berkata beliau turut meminta pegawai undang-undang kementerian dan peguam peribadinya untuk mengkaji laporan berita itu dan tindakan selanjutnya akan diambil jika terdapat unsur maklumat palsu.
Sementara itu, beliau berkata penguatkuasaan dan pemeriksaan yang dijalankan hingga 8 Mei merekodkan 17,882 majikan diperiksa dengan 6,069 daripadanya patuh kepada Akta 446 manakala 11,813 majikan didapati melakukan kesalahan di bawah akta itu.
Susulan penguatkuasaan oleh Pasukan Kerja Pematuhan Penginapan Pekerja Akta 446 terhadap 11,813 majikan itu, Saravanan berkata sebanyak 706 kertas siasatan dibuka yang membawa kepada 121 izin dakwa dikeluarkan dan 39 daripadanya telah selesai dengan denda RM301,000.
Selain itu, 216 izin kompaun dikeluarkan dengan tawaran kompaun sebanyak RM1.35 juta selain 46 Arahan Pindah yang melibatkan 46 majikan dengan 1,962 pekerja.
Dalam pada itu, Saravanan berkata aplikasi 'Working for Workers (WFW)' yang dilancarkan pada 3 Mei merekodkan 59 aduan hingga kini, dan antara isu yang dibangkitkan ialah pemberhentian kerja tanpa notis, isu gaji, cuti rehat dan ketiadaan kontrak kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Akta 446 dilaksanakan bagi menangani isu pengurusan tempat tinggal pekerja menerusi tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas. - Gambar fail
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.