Penguat kuasa CIDB lakukan 22 pemeriksaan.. Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 23, 2021 17:41 MYT
CIDB telah melakukan 16,297 pemeriksaan melibatkan 9,223 tapak binaan sejak 20 April 2020. - Gambar hiasan/Freeimages.com/Burcin Tuncer
KUALA LUMPUR: Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 22 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara pada Isnin.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemeriksaan turut mendapati kesemua 22 tapak binaan terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Selasa (23 Mac 2021):
1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 25 Mac diawalkan kepada 23 Mac 2021.
2. 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
3. Operasi Benteng telah menangkap 27 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 11 buah kenderaan darat.
4. Sebanyak 74 operasi sanitasi dilakukan meliputi 19 zon merah, lima zon jingga, 11 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara.
5. Sehingga 22 Mac, sebanyak 289 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID19.
#PDRM #SKMM #SOP #pati #PKPP #PKPB #operasi
;