KUALA LUMPUR: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) melibatkan pembelajaran psikomotor dan pemerkasaannya, memerlukan penglibatan yang aktif dan progresif oleh industri dan pihak berkaitan.
Pensyarah Sains dan Pendidikan Teknikal Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Muhd Khaizer Omar berkata penglibatan pihak industri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), akan lebih membantu penyedia pendidikan untuk membangunkan bakat pelajar yang menceburi TVET.
"Salah satu daripada kekangan yang dihadapi pendidik TVET ialah peralatan yang disediakan di pusat pengajian tidak mencerminkan dengan tepat apa yang ada di industri, kerana sesebuah industri sentiasa menaiktarafkan peralatan berdasarkan keperluan pengeluaran semasa.
"Oleh itu, dengan penglibatan GLC dan syarikat swasta, TVET akan lebih progresif dan praktikal di peringkat akar umbi kerana bentuk kurikulum perlu diterjemahkan kepada sudut hands-on secara langsung," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Jumaat.
Muhd Khaizer juga mencadangkan untuk diwujudkan akademi berteraskan TVET dalam GLC, supaya pelajar yang berkemahiran tinggi boleh dilatih secara berterusan.
Profesor Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohamad Sattar Rasul juga berpandangan, TVET amat memerlukan kerjasama GLC dengan pihak industri kerana langkah itu berupaya menentukan kebolehpasaran graduan.
Beliau berkata selain itu, kewujudan sebuah dasar atau polisi yang jelas menyatakan bahawa pemerkasaan TVET memerlukan kerjasama pihak berkaitan boleh mengurangkan isu salah padan sekali gus memenuhi permintaan industri.
"Ia supaya tenaga kerja yang diperlukan oleh industri boleh dihasilkan daripada institusi TVET secara selari, jadi mereka tidak perlu lagi nak retrain atau reskill, cuma perlu upskill berdasarkan keperluan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyarankan agar institusi TVET mendapatkan pengiktirafan badan-badan diterajui industri supaya pelajar didedahkan kepada keperluan industri dari semasa ke semasa dan bukannya terhad kepada kurikulum akademik sahaja.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penglibatan serta kerjasama pihak swasta dan GLC diperhebatkan dalam usaha memperkasakan TVET.
Beliau berkata ia penting untuk memenuhi keperluan industri serta menyelesaikan sebahagian masalah seperti salah padan atau latihan yang tidak diperlukan oleh industri, serta kemudahan yang tidak memuaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
![Penglibatan industri, GLC bantu bangun bakat pelajar TVET - Ahli akademik Penglibatan industri, GLC bantu bangun bakat pelajar TVET - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673709705_TVET.jpg)
Salah satu daripada kekangan yang dihadapi pendidik TVET ialah peralatan yang disediakan di pusat pengajian. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720764455_bekasceo.jpg)
Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.
![Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717768649_AhmadMaslan.jpg)
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
![Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710841370_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710935899_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
![Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710829512_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
![GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
![Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708011408_DatukLarrySngWei.jpg)
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
![Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706360717_Mahkamah.jpg)
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
![Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704972522_TBANWARPTP.jpg)
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
![Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704869204_TBreman.jpg)
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.