Pengkebumian tergendala, liang lahad dipenuhi air
Vivi Sumanti
Januari 6, 2019 20:47 MYT
Januari 6, 2019 20:47 MYT
Limpahan air dari mata air menyebabkan sebuah kubur di Kampung Che Latif, Padang Besar di sini digenangi air dan pengkebumian seorang jenazah terpaksa ditangguhkan seketika.
Susulan itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu segera dihubungi bagi mengepam air keluar.
Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlan Zainal, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11 pagi tadi dan empat anggota segera dikejarkan ke lokasi.
"Operasi mengepam keluar air bermula jam 11.30 pagi tadi dan mengambil masa lebih lima minit.
"Urusan pengkebumian jenazah selesai kira-kira jam 11.50 pagi sebaik kesemua air dapat dipam keluar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya lagi limpahan mata air itu disebabkan keadaan sekarang masih dalam musim tengkujuh tambahan pula lokasi kampung itu berhampiran pantai.