Penghormatan terakhir buat wira negara Kanang

Astro Awani
Januari 5, 2013 15:30 MYT
Mayat mendiang Datuk Temenggong Kanang anak Langkau diberi penghormatan terakhir di Dewan Suarah, Kuching.
Acara bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin negeri lain.
Bermula hari ini, mayat mendiang ditempatkan di Dewan berkenaan. Bagi orang ramai yang ingin membuat penghormataan terakhir, dewan dibuka bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.
Manakala, esok dewan akan dibuka bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Kanang akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya esok. Ia akan dibuat selepas upacara keagamaan di St Thomas Cathederal di Kuching yang dijadual bermula jam 1 petang.
#Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau #Kuching #Sarawak
;