Penghidap kanser tulang, Abu Ammar, meninggal dunia
Madiha Abdullah
Februari 19, 2016 16:29 MYT
Februari 19, 2016 16:29 MYT
Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, yang sebelum ini pernah mendapat perhatian masyarakat kerana penyakit kanser tulang yang dihidapinya, meninggal dunia pagi tadi.
Menurut laporan, Allahyarham dikejarkan keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam semalam selepas keadaannya dilihat lemah dan pucat.
BERNAMA melaporkan bapa Allahyarham, Abu Bakar Ali meminta orang ramai yang berhasrat untuk menderma agar tidak berbuat demikian memandangkan anaknya itu sudah meninggal dunia.
Allahyarham dikesan menghidap kanser tulang tahap empat selepas terjatuh ketika bermain futsal, dan keadaannya bertambah teruk sejak empat bulan lalu.
Astro AWANI sebelum ini antara media yang melaporkan kisah Ammar dan usaha rakan-rakannya mengutip dana bagi mengubati penyakit yang dideritainya.
Allahyarham dikebumikan di Kampung Bukit Sungai Tong, Setiu, Terengganu.