Penggunaan khidmat nelayan asing merugikan rakyat tempatan

Astro Awani
Februari 19, 2016 11:29 MYT
Kemasukan pekerja asing ke negara ini didalam sektor perikanan menjejaskan peluang pekerjaan anak tempatan sekaligus menjadikan mereka terasing di bumi sendiri.
Kemasukan pekerja asing ke negara ini di dalam sektor perikanan menjejaskan peluang pekerjaan anak tempatan sekaligus menjadikan mereka terasing di bumi sendiri.
Malah pencerobohan nelayan asing yang masih berleluasa memburukkan lagi keadaan serta menutup pintu rezeki nelayan tempatan.
Kecederungan menggunakan khidmat nelayan asing didakwa merugikan penduduk tempatan serta menjejaskan sumber perikanan negara.
Menurut seorang nelayan, Abdullah Embong, orang tempatan juga tidak mahu bekerja sebagai nelayan kerana menggangap ia sebagai kerja kotor.
“Kalau anak tempatan kita buat kerja, tiada pendatang asing pun datang buat kerja-kerja sebegini,” katanya.
Seorang lagi nelayan, Alham Abdullah, berkata kebanyakkan pekerja di kawasannya adalah dari negara Bangladesh, China dan Siam.
Razak Hassan pula berkata kawasannya dipenuhi dengan rakyat Bangladesh dan Myanmar sehingga sama bilangan dengan rakyat tempatan.
Menurut mereka,isu yang perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan adalah masalah pencerobohan nelayan asing serta langkah bagi meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.
#Bangladesh #nelayan #pekerja asing
;