Pengguna Twitter ucap takziah kepada tentera terkorban

T K Letchumy Tamboo
Mac 12, 2013 10:47 MYT
Berita mengenai anggota keselamatan yang terkorban semasa operasi Ops Daulat di Lahad Datu merebak dengan pantas di laman media sosial.
Pengguna-pengguna twitter mula mengucapkan takziah mereka sejurus selepas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengumumkan bahawa seorang anggota tentera disahkan terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi ini.

Al Fatihah. Seorang lagi pejuang kita di lahad datu terkorban. Disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

— iHelmi (@HelmiAsylum) March 12, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al Fatihah. Seorang lagi pejuang kita di lahad datu terkorbanDisahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

— Goldberg ツ (@Luqmannnn97) March 12, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al Fatihah. Seorang lagi pejuang kita di lahad datu terkorbanDisahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

— Ayon(@MohdShyukran) March 12, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Another fallen hero laid to rest earlier today. This time among the Angkatan Tentera Malaysia ranks. Al-Fatihah. #LahadDatu #OpsDaulat

— Wan Emir ∆star (@emirastar) March 12, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku berdebar2 bila terbaca 'anggota tentera terkorban di lahad datu' semoga Allah lindungi dia n kwn2nya..

— izza wahidah naaman (@eizawahidah) March 12, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
Beliau juga berkata dalam pertempuran itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.
Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.
Zulkifeli turut berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.
#Lahad Datu #Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin #tentera #Twitter