Pengguna Twitter sambut baik had 10-subjek untuk SPM
T K Letchumy Tamboo
Mac 9, 2013 22:16 MYT
Mac 9, 2013 22:16 MYT
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa had 10 mata pelajaran untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terus kekal.
Cadangan tersebut telah dicetuskan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2010.
Astro Awani telah mendapatkan respon dari pengikut Twitter berikutan perkara itu.
Rata-rata daripada mereka menyambut baik dan bersetuju dengan langkah tersebut serta menyifatkannya sebagai wajar.
Seorang pengguna Twitter, Redzanur Rahman berkata langkah itu wajar kerana telah tiba masanya untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.
Sementara bagi Ahmad Fauzan pula, ia sememangnya idea yang baik.
Ada juga respon dari mereka yang neutral seperti pandangan dari Muhammad Aidil Idham Sharom, yang mengatakan langkah itu wajar jika ianya polisi sekolah, tetapi jika seseorang pelajar itu mahu mengambil lebih 10 mata pelajaran, dia patut dibenarkan.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Multaqa Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Zon Utara di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 2,300 guru agama.