Pengguna perlu bijak rancang belanja

Astro Awani
Februari 11, 2013 07:20 MYT
Dalam pada itu, pengguna perlu bijak merancang perbelanjaan mereka setiap kali tiba musim perayaan bagi mengelak masalah mendapatkan bekalan makanan.
Masalah ini yang sering berlaku terutama pada Tahun Baru Cina sukar diatasi, memandangkan kebanyakan pembekal, peruncit serta pemborong terdiri daripada masyarakat Tiong Hua.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata bagi mengelak masalah pengguna sepatutnya merancang perbelanjaan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.
Katanya walaupun ia menyukarkan pengguna, namun keadaan ini tidak berlanjutan terlalu lama.
Malah masalah yang dihadapi pengguna hari ini juga dilihat tidak terlalu serius jika dibandingkan dengan 5 tahun dahulu kesan skim kawalan harga yang dilaksanakan kerajaan.
#Datuk N. Marimuthu #Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
;