Pengguna MRT, bas Rapid KL pada 1 dan 3 Jun disaran buat ujian saringan COVID-19
Bernama
Jun 5, 2021 17:19 MYT
Jun 5, 2021 17:19 MYT
KUALA LUMPUR: Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun lepas disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19 susulan seorang penumpang disahkan positif COVID-19.
Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19 pada lewat petang 3 Jun.
Menurut kenyataan itu, wanita berkenaan turut berkongsi maklumat daripada Mysejahtera untuk pengesahan perjalanan beliau pada dua hari berkenaan seperti berikut:
Tarikh: 1 Jun
Masa perjalanan: 10.10 pagi (LRT Stesen Universiti ke Stesen Abdullah Hukum)
Tarikh: 1 Jun
Masa perjalanan: 5:23 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)
Tarikh: 3 Jun
Masa perjalanan: 9 pagi - Bas Rapid KL (WUW 4149) dari Stesen Universiti ke Midvalley
Tarikh: 3 Jun
Masa perjalanan: 5.15 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)
-- BERNAMA
#pengguna MRT
#Rapid KL
#penumpang MRT
#Kelana Jaya
#waktu puncak
#ujian saringan
#kes positif
#COVID-19
#Stesen Universiti
#Stesen Abdullah Hukum
#Midvalley