Pengguna media sosial marah-marah dengan gambar kucing ditimbus pasir

Syafique Shuib
Jun 24, 2014 15:35 MYT
Pengguna media sosial kurang senang dengan gambar kucing ditimbus pasir
Gambar tiga orang kanak-kanak beraksi dengan wajah kelakar bersama seekor kucing yang ditimbus dengan pasir sehingga ke paras kepala mendapat reaksi yang pelbagai dari warga media sosial.
Astro AWANI bertanyakan menerusi akaun Twitter @501Awani sama ada ini adalah jenaka comel atau sebaliknya.
Ramai yang kurang senang dengan jenaka ini, tetapi ada juga yang menganggapnya sebagai satu gurauan:

@501Awani xcomel langsung.. ni dera kucing tu.. nampak muka kucing tu stress.. kesian die

— MeISrAIHAnAH (@raihanahrozaimi) June 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani nak 'bergurau' pun agak agaklah...ni dah kira 'seksa' kucing...kesian kucing tu...

— Arissa (@misha_sefdd) June 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani this is stupid... and for those who judged this should be the winning photo, you are no better... worse i'd say..

— Iggy Amabel (@LonTugi) June 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani kekejaman.

— Marr Mohamad (@MarrMohamad12) June 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gambar ini juga mendapat reaksi negatif di Facebook Astro AWANI. Rata-ratanya tertanya bagaimana gambar berkenaan boleh menjadi pemenang dan apa sebenarnya yang dicari oleh pihak penganjur.
“Kucing sifatnya bukan suka ditanam. Bukan sifatnya diperlakukan sebegini,” tulis Jaffersion Lanchester Awen.
Tambah Normala Hashim, “Seolah-olah menggalakkan perbuatan penganiayaan pada binatang.”
Namun ada juga berkata ini adalah gurauan semata-mata:

@501Awani biasa la main dengan kucing masa kecik2 kan. adoi

— jiyu (@ayuuyussof) June 24, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tiada salah dengan itu. Ia cuma satu pertandingan. Lagipun kita selalu tengok orang kena tanam kat pantai. Kan unik sikit tanam kucing. Lepas itu buanglah pasir itu. Bukan untuk menganiaya,” tulis Nazrul Harizal di Facebook.
Adakah ini satu jenaka ‘comel’ atau sebaliknya? Kongsi pandangan bersama kami di sini, Twitter atau Facebook.
#Harian Metro #kucing #media sosial #Twitter
;