Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani
Astro Awani
Januari 27, 2018 05:56 MYT
Januari 27, 2018 05:56 MYT
Pengguna di negara ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dipamerkan di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, sikap menyemak kesahihan sesuatu produk itu penting bagi mengelak dimanipulasikan peniaga atas talian.
Menurutnya, sebagai contoh peniaga kosmetik, mereka harus mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan sebelum memasarkan sesuatu barangan.
"Mana-mana pihak yang ingin terlibat dalam perniagaan atas talian haruslah mendapatkan kerjasama kerana bukan mudah untuk kita mempamerkan atau pun menjual barangan atas talian tanpa kebenaran," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Jailani berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 800 Pusat Internet 1Malaysia menjelang 2020.
Jelasnya bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti lokasi strategik.
"Inisiatif yang dilaksanakan itu sekali gus menggalakkan anak muda menerusi program usahawan belia bumiputera menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan," katanya.
#Belia
#Bumiputera
#iklan jualan murah
#Internet
#Jailani Johari
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#laman sosial
#mangsa
#peniaga
#Siber