Pengguna jalan raya pulang ke ibu kota 'berang', petrol habis di stesen minyak
Umavathi Ramayah
Mei 7, 2022 16:36 MYT
Mei 7, 2022 16:36 MYT
KUALA LUMPUR: Penggunaan petrol dalam jumlah yang tinggi dan melebihi jangkaan susulan peningkatan jumlah kenderaan yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri menyebabkan kebanyakan stesen minyak yang menghala ke ibu negara hari ini kehabisan bahan bakar itu.
Beberapa pengguna jalan raya berkongsi di Twitter berkenaan pengalaman mereka berdepan kekurangan petrol di stesen minyak.
Menurut seorang pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Shasya Edora, banyak kereta dari Besut ke Kuantan yang tersadai.
"Ini apa kes Pantai Timur tak ada minyak?!! Dari Besut sampai Kuantan. Kereta banyak sadai," katanya pada Sabtu.
Membalas ciapan itu, seorang pengguna Twitter, M memaklumkan, kebanyakan stesen minyak di Kedah dan Perlis juga mengalami masalah yang sama.
"Most of petrol pump at my area in Kedah and some part of Perlis run@out of RON 95. Ada minyak mahal ja," katanya.
Malah ada juga yang menyifatkan Malaysia belum bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pasca COVID-19.
Masalah yang sama turut dilalui pengguna di selatan negara.
"Sangkut dekat Permaisuri, tau tau RON97 je ada," kata pengguna akaun bernama Mankuda.