Pengguna Firefox kini boleh akses Apple Maps

Amanz
Ogos 12, 2024 04:50 MYT
Menerusi Apple Maps di web, maklumat seperti alamat, waktu perniagaan, ulasan, dan gambar dapat dilihat seakan pada Google Maps. -Amanz
TIGA minggu lepas, Apple membenarkan pengguna mengakses Apple Maps menerusi pelayar web.
Sejak dilancarkan pada tahun 2012, Apple Maps terhad dalam aplikasi pada peranti Apple sahaja.
Menerusi Apple Maps di web, maklumat seperti alamat, waktu perniagaan, ulasan, dan gambar dapat dilihat seakan pada Google Maps.
Terbaharu, sokongan ini telah dikemas kini bagi menyokong pelayar web lain pula.
Ketika diperkenalkan, Apple Maps hanya boleh diakses melalui pelayar web Safari, Chrome, dan Edge di PC sementara pengguna Mac terhad kepada Chrome dan Safari sahaja.
Kemas kini baharu ini membawakan sokongan kepada pelayar web Mozilla iaitu Firefox.
Akan datang, ciri Look Around untuk melihat pandangan dari jalan raya akan dibawakan seakan Street View pada Google Maps.
Jika anda adalah pengguna Apple Maps, kini lebih mudah untuk merancang perjalanan dengan melakukannya pada komputer. -Amanz
#Apple Maps #firefox #Look Around #Street View