Pengguna dijangka terima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi esok

Farhan Hakimi
Jun 5, 2024 03:35 MYT
Pemulihan penuh bekalan air bagi kawasan yang terlibat dengan gangguan dijangka pada jam 12 tengah hari Jumaat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 telah dimulakan pada jam 9 pagi ini, mengikut jadual ditetapkan.
Susulan itu, Air Selangor memaklumkan, kerja-kerja tersebut dijangka siap jam 7 petang ini dan para pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat mulai jam 3 pagi esok.
Menurutnya, proses itu dapat dilaksanakan setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset selesai dan apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.
Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada jam 3 petang esok dan mencapai 90 peratus pada jam 3 pagi Jumaat.
Pemulihan penuh bekalan air bagi kawasan yang terlibat dengan gangguan dijangka pada jam 12 tengah hari Jumaat.
Air Selangor sebelum ini memaklumkan, pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Bagaimanapun, lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Kerja-kerja penyelengaraan bermula hari ini
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan platform X.
Air Selangor juga boleh dihubungi di talian 15300 atau dengan melayari https://www.airselangor.com/.

Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah dimulakan pada jam 9:00 pagi hari ini (Rabu) mengikut jadual seperti yang dimaklumkan pada 13 Mei 2024. Kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset ini dijangka akan pic.twitter.com/1ePcysmHs1

— Air Selangor (@air_selangor) June 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bekalan air #gangguan bekalan air #Air Selangor #Kerja-kerja penyenggaraan