Pengguna Apple iPhone 16 lapor isu bateri habis terlalu pantas

Amanz
Oktober 18, 2024 13:44 MYT
Ramai pengguna iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max melaporkan bateri tidak tahan lama walaupun dengan penggunaan ringan. -Amanz
SIRI iPhone 16 kali ini menawarkan kemas kini yang cukup baik. Model asas hadir dengan rekaan baharu, dua butang fizikal tambahan, cip lebih berkuasa dan juga sokongan Apple Intelligence.

Ringkasan AI
  • Ramai pengguna iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max melaporkan bateri tidak tahan lama walaupun dengan penggunaan ringan.
  • Isu ini mungkin disebabkan oleh iOS 18, dan Apple dijangka akan mengeluarkan kemas kini untuk menyelesaikan masalah ini.
  • Ada pengguna yang melaporkan bateri baik dengan iOS 18.1 Public Beta, menunjukkan masalah ini mungkin tidak universal.

Dalam ulasan iPhone 16, saya memuji ketahanan bateri peranti ini – tetapi nampaknya tidak semua menerima nasib yang sama.
Terbaharu, ramai pengguna iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max melaporkan mereka menghadapi masalah bateri peranti yang tidak tahan lama.
Untuk penggunaan ringan, bateri peranti mereka tidak mampu bertahan untuk penggunaan satu hari penuh.
Turut terdapat laporan sama berlaku pada iPhone 16. Bagi pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 14 Pro, ada yang melaporkan selepas kemas kini iOS 18 – bateri peranti turut menjadi semakin lemah.
Menurut MacRumors, isu ini besar kemungkinan berlaku kerana iOS 18 dan Apple perlu hadir dengan kemas kini khas.
Setakat saya menguji iOS 18.1 Public Beta, bateri memang baik dan tahan lama. Mungkin kemas kini yang dijangka tiba tidak lama lagi akan membaiki masalah ini?
Sama-sama kita nantikan. -Amanz
#Apple #iPhone 16 #iOS 18 #bateri cepat habis
;