Pengguguran Tee Keat raih pelbagai reaksi di Twitter
T K Letchumy Tamboo
Februari 21, 2013 10:10 MYT
Februari 21, 2013 10:10 MYT
Berita tentang pengguguran Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon MCA untuk kerusi Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13, meraih pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Berita tentang pengguguran Ong itu diumumkan oleh presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang berkata Ong tidak mendapat sokongan dari parti-parti komponen di kawasan yang telahdipegang oleh Ong untuk lima penggal.
Ramai penyokong serta pengkritik tegar Ong telah berkongsi pendapat mereka di laman Twitter.
Walaupun ada diantara mereka rasa terkejut dengan pengumuman itu, ada juga yang menyarankan beliau terus bertanding di kerusi Pandan di bawah tiket parti pembangkang.
Semasa membuat pengumuman itu pada hari Rabu, Chua telah berkata bahawa Ong tidak mempunyai sokongan dari ahli-ahli bahagian beliau.
Chua juga berkata Gary Lim, seorang peguam berusia 39 tahun merupakan calon pilihan MCA untuk bertanding di kerusi Pandan.