Penggiat industri automotif dipelawa kemuka cadangan mengenai kereta nasional ketiga

Bernama
September 15, 2018 06:26 MYT
Darell berkata MAI akan membuka cawangan baharu di Sabah untuk memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai menyertai industri automotif. - Gambar fail
Penggiat dalam industri automotif dipelawa untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai projek kereta nasional ketiga, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking.
Beliau berkata cadangan itu akan dikaji oleh pelbagai agensi di bawah kementeriannya, termasuk Institut Automotif Malaysia (MAI).
"Tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan itu adalah pada 15 Okt," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka MAI di sini pada Sabtu.
BACA: Tun M: MIGHT boleh bantu rakyat faham kepentingan kereta nasional ketiga
BACA: Kereta nasional ketiga: Malaysia rangka kerjasama dengan Toyota, Nissan - Tun Mahathir
Dalam perkembangan lain, katanya MAI akan memudahkan pihak yang berminat untuk mendapatkan teknologi terkini dalam industri automotif.
Darell, yang juga Ahli Parlimen Penampang, berkata MAI akan membuka cawangan baharu di Sabah untuk memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai menyertai industri automotif.
BACA: Kereta nasional ketiga buka peluang rakyat kuasai bidang kejuruteraan - Tun Mahathir
BACA: Kerajaan sedia lancar kereta nasional 3.0 menjelang 2020
-- BERNAMA
#automotif #cadangan #cawangan #Ignatius Darell Leiking #industri #Institut Automotif Malaysia #kereta nasional #kereta nasional ketiga #MAI #MITI #Sabah #tarikh akhir #teknologi
;