Penggantungan sementara penerbangan kumpulan AirAsia

Astro Awani
Mac 26, 2020 17:56 MYT
Tony di laman media sosial Instagrammnya sempat menunjukkan pesawat-pesawat yang terkandas di KLIA2. - Gambar fail
Berikutan pandemik wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan sekatan perjalanan oleh beberapa negara, Kumpulan AirAsia akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir kesemua penerbangan dalam rangkaiannya.
Pengumuman ini dibuat untuk dan bagi pihak, dan seperti yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang dikendalikan di bawah Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X seperti berikut:
AirAsia (Penerbangan jarak dekat)
AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April 2020;
AirAsia Filipina: Penggantungan sementara semua penerbangan dari 20 Mac hingga 14 April 2020 berikutan tempoh kuarantin komuniti di Luzon dan masih beroperasi kawasan lain di negara itu;
AirAsia Thailand (FD): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac 2020 hingga 25 April 2020, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah;
AirAsia Indonesia (QZ): Mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah;
AirAsia India (I5): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan pengumuman kerajaan India untuk menggantung sementara penerbangan domestik di India.
AirAsia X (Penerbangan jarak sederhana dan jauh)
AirAsia X Malaysia (D7): Penggantungan sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020. (Kod penerbangan D7 hanya terbang ke laluan antarbangsa);
AirAsia X Thailand (XJ): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 16 Mac 2020 untuk tempoh tiga bulan; penerbangan DMK-ICN digantung hingga 19 April 2020, (Kod penerbangan XJ hanya terbang ke laluan antarabangsas).
#AirAsia #Airasia X #COVID-19 #Filipina #India #Indonesia #penerbangan #Thailand
;