"Pengganti Tan Sri Idrus masih dibincangkan" - PM Anwar
Madiha Abdullah
Februari 8, 2023 16:15 MYT
Februari 8, 2023 16:15 MYT
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.
"Kita sedang bincang," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Beliau menjawab soalan sekiranya senarai pendek calon untuk mengisi jawatan itu sudah dimuktamadkan.
Perkhidmatan Idrus akan tamat Mac ini.
Media sebelum ini melaporkan tiga hakim yang sedang berkhidmat dikhabarkan akan dipertimbangkan oleh Anwar untuk dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu.
Mereka ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selain dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.