Pengganti Ketua Polis Negara, Timbalan diputuskan dalam tempoh terdekat - Muhyiddin
Firdaus Azil
Februari 9, 2019 20:23 MYT
Februari 9, 2019 20:23 MYT
Calon baharu bagi menggantikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya lagi, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum keputusan itu dapat dibuat.
“Kita putuskan nanti pengganti-pengganti bagi kedua-kedua jawatan penting dalam polis. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Perdana Menteri dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan pimpinan Bersatu Hulu Langat, sebagai langkah persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Media sebelum ini melaporkan kontrak perkhidmatan Mohamad Fuzi Harun dan Noor Rashid bakal tamat pada Mei ini.
#DIG
#IGP
#Ketua Polis Negara
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Fuzi Harun
#Muhyiddin Yassin
#Noor Rashid Ibrahim
#PDRM
#presiden
#Timbalan Ketua Polis Negara