Pengetua tadika direman tiga hari bantu siasatan kes kanak-kanak mati dalam kereta

Adie Sufian Zulkefli
Mac 17, 2021 04:26 MYT
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 49 tahun itu direman selama tiga hari. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang pengetua tadika direman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan dalam sebuah kereta di sini pada Selasa.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Aliff Abd Aziz pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 49 tahun itu direman selama tiga hari.
Dia ditahan oleh pihak polis semalam.
BACA: Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan lebih 4 jam dalam kereta pengetua
BACA: Ibu terkejut terima berita anak meninggal dunia dalam kereta pengetua
Jenayah | Pengetua tadika direman tiga hari
Menurut Adzli, mangsa dilaporkan lemas dalam kereta setelah ditinggalkan selama empat jam di hadapan sebuah tadika di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah dijemput kakitangan tadika dari rumahnya pada jam 7.45 pagi.
Bagaimanapun ketika sesi persiapan untuk pulang, mangsa disedari tiada dalam kelas.
Pemeriksaan kemudiannya mendapati mangsa dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta.
Katanya, polis turut merampas kunci dan sebuah kereta jenis Proton Waja bagi membantu siasatan.
Kes siasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kes Kematian | Ibu terkilan tidak dimaklumkan anak sudah meninggal
#lemas dalam kereta #pengetua tadika ditahan #Ketua Polis Daerah Kuala Muda #Adzli Abu Shah #Sungai Petani #Kanak-kanak #lemas