Pengetahuan sejarah mampu kekang pencerobohan

Harris Hardy Hakim
Mac 4, 2013 13:07 MYT
Malaysia perlu mewujudkan sebuah unit khas untuk mengkaji sejarah serta isu berkaitan persempadanan demi menjaga dan memelihara kedaulatan negara.
Selain meningkatkan sistem pertahanan, tumpuan harus diberikan kepada usaha mengumpul serta membangunkan dokumen berkaitan sempadan bagi mematahkan tuntutan bertindih ke atas kawasan milik Malaysia.
Itu pendapat Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zaini Othman yang ditemui Astro Awani.
Kata beliau, Unit Kajian Sempadan wajar ditubuhkan bagi melindungi hak negara. Ikuti laporan yang disediakan dan berkongsi pandangan bersama kami..
#sejarah #Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zaini Othman