Pengesanan kes secara bersasar: Ini sebab kenapa anda jangan panik
Astro Awani
Oktober 6, 2020 16:28 MYT
Oktober 6, 2020 16:28 MYT
SUSULAN peningkatan kes positif COVID-19 sejak akhir-akhir ini, sudah tentu ramai antara kita rasa khuatir dan bimbang akan penularan virus itu.
Namun, dalam kekhuatiran itu, anda dinasihat untuk tidak panik sebaliknya perlu sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Seiring jumlah kes yang menunjukkan trend peningkatan, ini beberapa sebab MENGAPA ANDA TIDAK PERLU PANIK:
- Walaupun Kluster Tembok di Kedah dan Perak menunjukkan peningkatan tiga digit, namun ia berlaku di dalam penjara.
Justeru, rakyat Malaysia perlu kekal tenang, rujuk data dan penjelasan daripada saluran yang sahih serta pihak bertanggungjawab seperti KKM dan MKN.
Semoga kita dapat bersama-sama menentang penularan wabak ini dan menang dalam 'perang' ini.
#jangan panik
#waspada COVID19
#berita sensasi COVID19
#berita palsu COVID19
#saringan COVID19
#Kenapa jangan panik
#Kementerian Kesihatan
#Majlis Keselamatan Negara
#PKPD
#kenapa kes COVID19 tinggi