Pengerusi MyWatch Sanjeevan nyaris dilanggar

Hakim Rahman
Februari 28, 2014 14:30 MYT
Pengerusi Badan Pemantau Pencegah Jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan nyaris dilanggar individu tidak dikenali yang menaiki kereta di Bahau, Negeri Sembilan dalam kejadian pada petang Jumaat.
Sanjeevan dalam tweetnya mendakwa dia hampir diserang dua lelaki berbangsa Cina yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil dengan no plat pendaftaran WJH 2664 namun berjaya menyelamatkan diri.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku beberapa jam selepas Sanjeevan memuat naik sekeping gambar dari dalam sebuah pusat perjudian haram di Jempol.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Sanjeevan dalam nada sinis turut menyatakan kawasan Jempol tidak mempunyai pusat perjudian haram.
Dia turut memuat naik sekeping gambar yang didakwanya sarang pelacuran terbesar di Bahau.
Sanjeevan turut mendakwa telah menghubungi pihak Polis respon daripada mereka.
Sebelum ini Sanjeevan terselamat daripada cubaan bunuh di Bahau selepas dia ditembak oleh penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran rumahnya.
Dia kemudiannya berada dalam keadaan kritikal dan koma selama 35 hari.
#bunuh #kereta #langgar #MyWatch #sanjeevan