Pengerusi koperasi direman bantu siasatan salah guna kuasa

Astro Awani
Ogos 2, 2021 13:21 MYT
Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi.
KUALA TERENGGANU: Seorang pengerusi sebuah koperasi di negeri ini direman selama seminggu bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik koperasi.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim @ Isa pada isnin.
Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pada Ahad, suspek yang berusia 60-an itu ditahan di pejabat SPRM Terengganu pada pukul 3.50 petang ketika memberi keterangan.
Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan pada tahun 2018.
#pengerusi koperasi #ditahan reman #salah guna kuasa #SPRM #Akta SPRM #syarikat milik penuh koperasi
;