Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menghadap Agong hari ini

Astro Awani
Jun 15, 2021 08:02 MYT
Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Tun Arifin Zakaria dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.
Pertemuan bersama bekas ketua hakim negara itu menyusul selepas siri pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama ketua-ketua parti politik sejak minggu lalu.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diwujudkan dengan peranan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
Selain Arifin, 18 lagi individu turut menganggotai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.
Antaranya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif dan pakar bedah jantung Tan Dri Dr Yahya Awang.
#Yang di-Pertuan Agong #menghadap #Istana Negara #Tun Arifin Zakaria #Al-Sultan Abdullah
;