Pengerusi Bersih, Maria Chin dihalang keluar negara
Astro Awani
Mei 15, 2016 23:59 MYT
Mei 15, 2016 23:59 MYT
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dihalang daripada keluar negara pada Sabtu malam.
Maria ketika itu berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Korea Selatan bagi menerima anugerah hak asasi manusia.
Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Twitter Bersih 2.0 pada jam 10.03 malam ini.
“Pengerusi Bersih Maria Chin dihalang keluar negara. Kini di lapangan terbang. Tiada penjelasan diberikan selain 'arahan Putrajaya',” menurut Twitter Bersih 2.0.
Menurut satu lagi tweet Bersih, Maria sepatutnya menerima Anugerah Gwangju dari Korea.
Bersih dalam pada itu juga meminta penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan yang dibuat terhadap terhadap Maria.
“Bersih mengutuk sekeras-kerasnya halangan Maria Chin keluar negara. Zahid Hamidi harus beri penjelasan dengan serta-merta,” kata tweet Bersih2.0.