Pengendali paragliding dipercayai lemas di PD

Bernama
Oktober 23, 2016 09:22 MYT
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota bomba dan dua bot. - Gambar hiasan
Seorang pengunjung pantai Port Dickson dikhuatiri lemas selepas peluncur layar (paragliding) yang dikendalinya dipercayai terjatuh ke dalam laut berhampiran Pantai Batu 1, dekat sini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.07 pagi daripada orang awam sebelum melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
"Bagaimanapun sehingga jam 5 petang ini, mangsa masih masih gagal ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Norazam berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota bomba dan dua bot.
Turut serta 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam dan sebuah bot, empat anggota polis bersama sebuah bot dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan sembilan anggota dan sebuah bot serta Majlis Perbandaran Port Dickson dengan lima anggota dan sebuah bot. - BERNAMA
#majlis perbandaran port dickson #paragliding #Port Dickson
;